BAHASA MELAYU - Tahun 6


PENGGOLONGAN KATA

1.1 Kata Nama

1. Kata nama ialah kata yang merujuk kepada nama sesuatu benda, manusia, haiwan,                   tumbuhan dan konsep.

2. Kata nama terbahagi kepada :
    (i) kata nama am;
    (ii) kata nama khas;
    (iii) kata nama arah;
    (iv) kata ganti nama;
    (v) kata bilangan.

 Kata Nama Am

1. Kata nama am ialah kata nama yang merujuk kepada nama sesuatu benda yang bersifat              umum seperti:
    (i) nama benda yang bernyawa, iaitu manusia, haiwan dan tumbuh-tumbuhan;
    (ii) nama benda yang tidak bernyawa, iaitu benda dan tempat.

2. Semua kata nama am ditulis dengan huruf kecil di pangkal kata kecuali pada permulaan         ayat.

3. Ada juga kata nama am yang diberikan imbuhan. Kata nama am yang diberikan imbuhan ini    dikenali sebagai kata nama terbitan
   Contoh kata nama terbitan adalah seperti berikut:
   duri ---> durian
   hendak ---> kehendak
   sah ---> pengesahan
   putus ---> keputusan

4. Imbuhan yang membentuk kata nama terbitan terdiri daripada:
    (i) awalan- ke-, pe-, pem-, pen-, peng-, penge-, per-.
    (ii) akhiran- -an, -man, -wan, -wati, -ita.
    (iii) apitan- ke...an, pe...an, pem...an, pen..an, peng...an, penge...an, per...an.

Kata Nama Khas

1. Kata nama khas ialah kata nama yang khasnya digunakan untuk menyebut nama sesuatu         benda yang bernyawa dan benda yang tidak bernyawa.

2. Kata nama khas hendaklah ditulis dengan huruf besar pada huruf pertamanya.

3. Kata nama khas terbahagi kepada:
    (a) benda yang bernyawa:
    (i) manusia spt. Ismail, Kumar, Puan Aliah, Raja Iskandar, Raj Kumar, Lim Eng Guan, Profesor         Ali.
    (ii) bukan manusia spt. Comot (kucing), Pak Belang (harimau), Hibiscus (bunga raya), Jalak          (ayam).
    (b) benda tidak bernyawa spt. Seremban, Malaysia, Proton, Universiti Kebangsaan, Menara          Condong.

Kesalahan dan Pembetulan


Kata Ganti Nama

1. Kata ganti nama ialah perkataan yang menjadi pengganti bagi kata nama khas dan kata             nama am.

2. Kata ganti nama terbahagi kepada:
    (i) kata ganti diri;
    (ii) kata ganti diri singkat;    
    (iii) kata ganti tanya;
    (iv) kata ganti tempat;
    (v) kata ganti tajuk;
    (vi) kata ganti tak tentu.

Kata Ganti Nama Diri Pertama

1. Kata Ganti Nama Diri Pertama ialah kata yang digunakan untuk menggantikan diri orang yang     bercakap.

2. Kata Ganti Nama Diri Pertama terbahagi kepada:

Kata Ganti Nama Diri Kedua

1. Kata ganti nama diri kedua digunakan untuk merujuk kepada diri orang yang bercakap             dengan kita

2. Kata ganti nama diri kedua terbahagi kepada:
    (i) berbentuk tunggal
    (ii) berbentuk jamak

Kata Ganti Nama Diri Ketiga

1. Kata ganti nama diri ketiga ialah kata yang digunakan untuk merujuk kepada orang ketiga         ketika bercakap.

2. Kata ganti nama diri ketiga terbahagi kepada:
    (i) berbentuk tunggal.
    (ii) berbentuk jamak.

Kata Ganti Nama Diri Singkat

1. Kata ganti nama diri boleh disingkatkan seperti berikut:
    (i) aku menjadi ku
    (ii) engkau menjadi kau
    (iii) kamu menjadi mu
    (iv) dia atau ia menjadi nya.

2. Apabila ditulis, kata ganti nama diri singkat ini hendaklah dicantumkan dengan kata lain            yang menyertainya seolah-olah sebagai imbuhan.

3. Kata ganti nama diri singkat mempunyai makna yang sama dengan kata ganti nama diri yang     penuh.

4. Yang berikut adalah contoh kata ganti nama diri singkat dan penggunaanya dalam ayat:
    (i) Di awal kata:
        (a) Surat itu hendaklah kauposkan segera.
        (b) Pastikan soalan yang kaujawab itu betul.
   (ii) Di awal dan akhir kata:
        (a) Makanan itu sudah kuhidangkan.
        (b) Kereta Proton Iswara itu adalah milik ayahku.
   (iii) Di akhir kata:
        (a) Aku adalah temanmu.
        (b) Dia mencari-cari kasutnya yang hilang itu.

5. Kata ganti nama diri singkat tidak boleh digunakan pada permulaan ayat.

Kata Ganti Nama Diri Tanya

1. Kata ganti nama diri tanya digunakan untuk membentuk ayat-ayat tanya.

2. Yang berikut ialah contoh kata ganti nama diri tanya dan penggunaanya.
    (i) apa - digunakan untuk menyatakan nama benda atau haiwan.
    (ii) mana - digunakan untuk menyatakan orang, binatang, benda dan tempat.
    (iii) siapa - digunakan untuk menyatakan orang atau nama orang.
    (iv) bila - digunakan untuk menyatakan masa.
    (v) berapa - digunakan untuk menyatakan bilangan, jumlah dan harga.

3. Sekiranya kata ganti nama diri tanya ini digunakan pada permulaan ayat, kata penegas atau     partikel "kah" hendaklah digunakan.

4. Apabila digunakan dalam ayat hendaklah diakhiri dengan tanda soal (?)

Kata Ganti Nama Tempat

1. Kata ganti nama tempat digunakan untuk mengganti nama tempat.

2. Yang berikut adalah contoh kata ganti nama tempat dan penggunaanya.

        sana - digunakan untuk tempat yang dianggap jauh.
        sini - digunakan untuk tempat yang dekat dengan orang yang bercakap.
        situ - digunakan untuk tempat yang agak jauh tetapi tidak sejauh mana.

Kata Ganti Nama Tunjuk

1. Kata ganti nama tunjuk digunakan untuk menunjukkan manusia, haiwan dan tempat.

2. Dua kata ganti nama tunjuk adalah ini dan itu.

3. Fungsi kata ganti tunjuk adalah sebagai:
    (i) Subjek dan letaknya di hadapan kata nama:
        contohnya:
        (a) Ini sekolah kami.
        (b) Itu anak Encik Ramasamy.
    (ii) Penentu dan letaknya di belakang kata nama:
        contohnya:
        (a) Hari ini hari Khamis.
        (b) Saya yang membawa buku itu.

Kata Ganti Nama Tak Tentu

1. Kata ganti nama tak tentu menunjukkan sesuatu atau seseorang secara tidak tentu.

2. Yang berikut adalah contoh kata ganti nama tak tentu serta penggunaanya:
    (i) apa-apa - digunakan untuk benda atau hal yang tidak tentu.
    (ii) mana-mana - digunakan untuk tempat atau benda yang tidak tentu.
    (iii) siapa-siapa/sesiapa - digunakan untuk menggantikan orang yang tidak tentu.
    (iv) bila-bila - digunakan untuk menggantikan masa yang tidak tentu.

Kesalahan dan Pembetulan


Kata Bilangan

1. Kata bilangan ialah kata yang digunakan untuk menghitung sesuatu.

2. Kata bilangan terbahagi kepada berikut:
    (i) kata bilangan tentu - satu, dua, tiga dan seterusnya.
    (ii) Kata bilangan tak tentu - beberapa, para, seluruh, setengah-setengah dan sebagainya.
    (iii) Kata bilangan pecahan - suku, setengah, separuh, dua pertiga dan sebagainya.
    (iv) Kata bilangan pisahan - masing-masing, setiap, tiap-tiap dan sebagainya.
    (v) Kata bilangan himpunan - berbulan-bulan, beratus-ratus, jutaan, kedua-dua, ketiga-tiga         dan sebagainya.
    (vi) Kata bilangan tingkat - pertama, kedua, ketiga dan seterusnya.
    (vii) Kata bilangan tanya - berapa.

Penjodoh Bilangan

1. Penjodoh bilangan ialah kata yang digunakan bersama-sama dengan kata bilangan.

2. Kadangkala penjodoh bilangan tidak digunakan bersama-sama dengan kata bilangan.              Misalnya, sekalian peserta (bukan sekalian orang peserta)



Kata Sendi Nama

1. Kata sendi nama ialah kata yang digunakan untuk menyambung frasa dengan kata atau frasa     dengan frasa.

2. Kata sendi memerlukan frasa nama untuk membentuk predikat ayat.


Kesalahan dan Pembetulan


Kata Adjektif

1. Kata adjektif juga dikenali sebagai kata sifat.

2. Kata adjektif ialah kata yang digunakan untuk menerangkan keadaan sesuatu benda, orang,     tempat dan sebagainya.

3. Kata adjektif boleh ditambah dengan kata penguat seperti ter-, se-, amat, paling, sangat,           sekali, sungguh dan terlalu.

4. Kata adjektif juga boleh disertai dengan kata bantu seperti masih, belum, dapat dan                sebagainya.

5. Kata penguat dan kata bantu juga boleh hadir secara serentak.

Jenis Kata Adjektif

Dalam bahasa Melayu, kata adjektif terbahagi kepada sembilan jenis berdasarkan kriteria makna yang didukung oleh sesuatu kata adjektif



Tahap Kata Adjektif

Kata adjektif boleh dibahagikan kepada empat tahap, iaitu tahap biasa, tahap sama, tahap perbandingan dan tahap penghabisan.


Kesalahan dan Pembetulan

Kata Kerja

1. Kata kerja ialah kata yang digunakan untuk menunjukkan perbuatan yang dilakukan oleh           manusia, binatang atau benda.

2. Kata kerja boleh dibahagikan kepada:
    (i) Kata kerja transitif
    (ii) Kata kerja tak transitif
    (iii) Kata kerja pasif

Kata Kerja Transitif

1. Kata kerja transitif ialah kata kerja yang mesti mempunyai objek yang terdiri daripada kata     nama atau frasa nama.

2. Kata kerja transitif menggunakan imbuhan men-, men…..i, men…..kan, memper-, memper…..i,     memper…..kan.

3. Kata kerja transitif tidak boleh berdiri sendiri.

4. Ayat contoh :


Kata Kerja Tak Transitif

1. Kata kerja tak transitif ialah kata kerja yang boleh berdiri sendiri dalam ayat yakni tidak          memerlukan objek.

2. Kata kerja tak transitif terbahagi kepada :
    (i) Kata kerja tak transitif tanpa pelengkap
    (ii) Kata kerja tak transitif berpelengkap

Kata Kerja Tak Transitif Tanpa Pelengkap

1. Kata kerja tak transitif ini boleh berdiri sendiri tanpa perlu disertai objek selepasnya.
    Contoh : Kami asyik bermain.

2. Kata kerja tak transitif ini boleh diikuti unsur keterangan selepas kata kerja.
    Contoh : Kami asyik bermain di belakang rumah.

3. Walaupun demikian, unsur keterangan tidak boleh terdiri daripada kata nama atau frasa         nama.

Kata Kerja Tak Transitif Berpelengkap

1. Kata kerja tak transitif berpelengkap ialah kata kerja yang mesti diikuti oleh pelengkap          untuk menyempurnakan ayat.

2. Oleh itu, kata kerja tak transitif berpelengkap tidak boleh berdiri sendiri.

3. Pelengkap adalah berbeza dengan objek. Ayat yang mempunyai pelengkap tidak boleh           dipasifkan.
    Ayat contoh :

4. Unsur pelengkap terdiri daripada berikut :
    (i) Pelengkap kata nama (imbuhan ber-…kan, , menjadi dan ada)
    (ii) Pelengkap kata adjektif
    (iii) Pelengkap sendi nama (bermakna tempat)


Kata Kerja Pasif

1. Kata kerja pasif ialah kata kerja yang terbentuk daripada perubahan ayat aktif kepada ayat     pasif.

2. Hanya kata kerja transitif sahaja yang boleh dipasifkan.

3. Kata kerja pasif yang disetai kata ganti diri pertama dikenali sebagai frasa kerja pasif diri          pertama. Contohnya : aku baca, saya tanami, kami perakui dan sebagainya.

4. Kata kerja pasif yag disertai kata ganti diri kedua dikenali sebagai frasa kerja pasif diri               kedua.
    Contohnya : anda lihat, awak tatapi, engkau musnahkan, kau permainkan dan sebagainya.

5. Kata kerja pasif yang disertai awalan di -, diper-, di-…kan, di-…i, diper-…kan dan diper-…i          dikenali sebagai kata kerja pasif diri ketiga.
    Contohnya : dibaca, diperalat, diadakan, digemari, dipersembahkan, diperingati dan                       sebagainya.

6. Kata kerja pasif juga terdapat dalam bentuk-bentuk berikut :
    (i) Kata kerja pasif berimbuhan ber- : berasal, bercukur, bertanak dan sebagainya.
    (ii) Kata kerja pasif berimbuhan ter- : terambil, terangkat dan sebagainya.
    (iii) Kata kerja pasif yang berapitan ke-…an : kecurian, kemasukan, ketinggalandan                         sebagainya.

Kesalahan dan Pembetulan


Kata Keterangan

1. Kata keterangan ialah kata yang menerangkan kata kerja dan kata adjektif.

2. Contoh-contoh kata keterangan adalah seperti berikut :
    (i) Saya sudah membaca buku itu.
        (Kata keterangan : Sudah menerangkan kata kerja membaca.)
    (ii) Rumahnya agak jauh dari sini.
        (Kata keterangan : agak menerangkan kata objektif jauh.)

3. Berikut ialah contoh kata keterangan serta penggunaannya dalam ayat.


Kata Tugas

Kata tugas ialah perkataan yang hadir dalam ayat, klausa atau frasa yang berperanan sebagai penghubung, penerang, penguat, pembantu, penegas, pemeri dan sebagainya.


Kata Hubung

1. Kata hubung digunakan untuk menggabungkan dua atau lebih kata,frasa, klausa dan ayat.

2. Kata hubung terbahagi kepada yang berikut :
    (i) Kata hubung gabungan
    (ii) Kata hubung pancangan
    (iii) Kata hubung berpasangan.






Kata Seru

1. Kata seru ialah kata yang digunakan untuk menyatakan perasaan seseorang seperti marah,     hairan, sedih, takut, terperanjat dan sebagainya.

2. Cara penggunaan kata seru disesuaikan dengan intonasi pengucapan, iaitu dengan nada         meninggi atau menurun.

3. Kata seru digunakan untuk membentuk ayat seruan.


Kata Tanya

1. Kata Tanya ialah kata yang digunakan dalam ayat tanya untuk menanyakan sesuatu.

2. Sekiranya kata Tanya dikedepankan, maka hendaklah disertai dengan partikel -kah


Kata Perintah

1. Kata perintah ialah kata yang digunakan supaya seseorang mematuhi perintah, larangan         arahan, silaan atau permintaan.

2. Kata perintah digunakan untuk membentuk ayat perintah.

3. Contoh kata perintah, maksud dan ayat contoh adalah seperti berikut :


4. Kata perintah usah mempunyai nada yang lebih lembut berbanding dengan kata perintah     jangan.

5. Kata perintah sila boleh digunakan dalam pelbagai situasi berbanding dengan kata perintah     jemput yang hanya sesuai digunakan bagi situasi tertentu seperti masuk ke rumah dan              makan.

6. Kata perintah tolonglebih sesuai digunakan dalam situasi yang umum manakala kata                 perintah harap lebih sesuai digunakan dalam situasi yang lebih sopan.

Kata Pangkal Ayat

1. Kata pangkal ayat ialah perkataan yang hadir pada permulaan ayat.

2. Kata pangkal ayat ini biasanya digunakan dalam bahasa Melayu lama.




Kata Bantu

1. Kata bantu ialah kata yang berperanan untuk menimbulkan makna-makna tambah dari segi     aspek waktu dan ragam.

2. Kata Bantu terbahagi kepada dua jenis, iaitu :

(i) Kata bantu aspek

Kata Bantu aspek digunakan untuk menunjukkan perbezaan masa, iaitu masa lampau, masa kini dan masa hadapan.


(ii) Kata Bantu ragam

Kata Bantu ragam ialah kata yang digunakan untuk menunjukkan perasaan yang berkaitan dengan perbuatan.


3. Terdapat juga kata bantu aspek yang boleh hadir secara serentak.
        Contoh :



4. Terdapat juga kata bantu ragam yang boleh hadir secara serentak dengan kata bantu             aspek.
        Contoh :


Kata Penguat

1. Kata penguat digunakan untuk menguatkan maksud sesuatu ayat.

2. Terdapat tiga jenis kata penguat, iaitu :
    (i) Penguat hadapan
    (ii) Penguat belakang
    (iii) Penguat bebas


Kata Penegas
1. Kata penegas juga dikenali sebagai partikel.

2. Kata penegas memberikan penekanan pada bahagian-bahagian tertentu dalam ayat.

3. Terdapat dua jenis kata penegas, iaitu :
    (i) Penegas yang dicantumkan dengan perkataan.
    (ii) Penegas yang berasingan.


Kata Nafi

1. Kata nafi ialah kata yang menafikan atau menidakkan sesuatu, iaitu bukan dan tidak.

2. Kata nafi bukan boleh menjadi unsur frasa nama dan frasa sendi nama.

3. Kata nafi tidak ialah unsur nafi bagi frasa kerja dan frasa adjektif.



Kata Pemeri

Terdapat dua jenis kata pemeri, iaitu ialah dan adalah.
Kata pemeri tidak boleh hadir di hadapan frasa kerja atau kata kerja.



Kata Pembenar

1. Kata pembenar ialah kata yang mengesahkan sesuatu pertanyaan yang dikemukakan.

2. Dalam bahasa Melayu terdapat tiga kata pembenar, iaitu ya,benar,betul.



Kata Arah

1. Kata arah merupakan kata yang hadir sebelum frasa nama dan biasanya sesudah kata sendi     nama.

2. Kata arah menunjukkan hala dan jurusan.



Kata Majmuk

1. Kata majmuk ialah kata yang terbentuk daripada dua atau lebih daripada dua patah kata             dasar yang digabungkan menjadi suku kata baru yang padu atau sebati maknanya.

2. Kata paduan atau sebatian dikenali sebagai kata majmuk.

3. Setiap kata yang menjadi komponen kata majmuk mempunyai maknanya sendiri-sendiri.
    Contohnya: Wang dan saku yang menjadi komponen kata majmuk wang saku mempunyai         maknanya masing-masing. Makna wang saku ialah wang yang dibawa untuk digunakan             apabila diperlukan.

4. Ada juga kata majmuk yag terbentuk daripada dua patah kata yang berbeza tetapi maknanya     sama atau hampir-hampir sama, seperti cantik jelita,hancur lebur dan sunyi sepi.

5. Pembentukan kata majmuk daripada dua patah kata yang sama atau hampir sama maknanya     untuk menyatakan makna kesangatan.
    Contohnya: Cantik jelita bererti sangat cantik ,hancur lebur bererti hancur sama sekali dan     sunyi sepi bererti sangat sunyi.


Bentuk Kata Majmuk

1. Bentuk kata majmuk terbahagi kepada dua, iaitu :


2. Kata majmuk yang dieja bercantum terbahagi kepada tiga,iaitu:

(i) Kata majmuk yang sudah mantap penggunaanya.


(ii) Kata majmuk yang dieja bercantum dengan partikel pun.


(iii) Kata majmuk daripada golongan kata tertentu yang secara lazimnya dieja bercantum.


3. Kata majmuk yang dieja terpisah terbahagi kepada tiga,iaitu:

(i) Kata majmuk rangkai kata bebas.


(ii) Kata majmuk istilah khusus.


(ii) Kata majmuk kiasan.



Penggandaan Kata Majmuk

1. Hanya perkataan hadapan yang boleh digandakan bagi kata majmuk.
    Contohnya:


2. Bagi kata majmuk kiasan,penggandaan dilakukan seluruhnya.
    Contohnya:



Pengimbuhan Kata Majmuk

Kata majmuk boleh menerima imbuhan seperti berikut:
    (i) Imbuhan awalan
    Contohnya:


    (ii) Imbuhan akhiran
    Contohnya


    (iii) Imbuhan apitan
    Ejaan kata majmuk dirapatkan apabila ada imbuhan di hadapan dan di belakang
    Contohnya



Kesalahan dan Pembetulan



Penanda Wacana

1. Penanda wacana ialah rangkai kata yang digunakan untuk menghasilkan karangan yang         baik dan teratur.Penanda wacana juga dikenali sebagai perangkai kata.

2. Penanda wacana digunakan antara satu ayat dengan satu ayat, isi dengan isi, idea            dengan idea lain yang saling berkaitan dan juga apabila memulakan perenggan baru.

3. Apabila dua ayat digabungkan dengan penanda wacana yang sesuai, ayat itu akan menjadi        lebih baik, lengkap dan mempunyai peraliran idea.

4. Jenis-jenis penanda wacana adalah seperti berikut:

(i) Untuk menimbulkan maksud yang menandakan pertentangan maklumat.


(ii) Untuk menimbulkan maksud sesuatu yang kian bertambah.


(iii) Untuk menimbulkan maksud sesuatu yang menunjukkan akibat atau kesimpulan.


(iv) Untuk menimbulkan maksud sesuatu yang berikutnya.


(v) Untuk menimbulkan maksud dalam masa yang sama atau pada masa itu.


Kesalahan dan Pembetulan


Pengimbuhan

1. Pengimbuhan ialah proses menerbitkan kata dengan mencantumkan imbuhan dengan kata     dasar.

2. Pengimbuhan akan menghasilkan kata terbitan.

3. Terdapat empat jenis imbuhan, iaitu :
    (i) Awalan
    (ii) Akhiran
    (iii) Apitan
    (iv) Sisipan

4. selain itu, terdapat juga imbuhan yang dipinjamkan daripada bahasa lain.

Imbuhan Awalan

1. Imbuhan awalan ialah imbuhan yang hadir di hadapan sesuatu kata dasar.

2. Contoh imbuhan awalan adalah seperti berikut:


Awalan beR-

1. Imbuhan beR- terdiri daripada tiga bentuk, iaitu be-, bel-, dan ber-

2. Imbuhan beR- boleh bercantum dengan sebarang kata dasar.

3. Apabila imbuhan ber- bercantum dengan kata dasar yang bermula dengan huruf r,satu             daripada huruf r tersebut akan digugurkan.
    Contohnya:

 


4. Imbuhan bel- hanya digunakan untuk kata ajar.Kata ajar apabila ditambah imbuhan beR-          menjadi belajar dan bukannya berajar.

5. Imbuhan awalan beR- membawa beberapa fungsi atau maksud.


Awalan meN-

1. Awalan meN- terdiri daripada lima bentuk, iaitu me-, mem-, men-, meng-, dan menge- .


2. Imbuhan awalan meN- membawa beberapa fungsi atau maksud.


Awalan teR-

1. Imbuhan teR- bercantum dengan semua kata dasar.
    Contohnya:


2. Sekiranya imbuhan teR- bercantum dengan kata dasar yang bermula dengan huruf r, satu         daripada huruf r tersebut akan digugurkan.
    Contohnya:


3. Imbuhan awalan teR- mempunyai beberapa fungsi atau maksud.


Awalan peN-




Awalan se-

Imbuhan se- bercantum dengan semua kata dasar.
Contohnya:





Awalan ke-

Awalan ke- akan membentuk kata nama apabila sesuatu kata dasar diimbuhkan dengannnya.


Awalan di-

Apabila imbuhan di- dicantumkan dengan kata dasar yang membawa maksud perbuatan,
imbuhan di- tersebut akan dirapatkan dengan kata dasar.
Contohnya:




Awalan juru-

Juru- bermaksud orang yang ahli, mahir atau mempunyai kebolehan istimewa dalam
sesuatu lapangan atau pekerjaan.


Imbuhan Akhiran

1. Imbuhan akhiran ialah imbuhan yang hadir di akhir kata dasar.

2. Imbuhan akhiran terdiri daripada -an, -kan, dan -i.

Akhiran -an

Akhiran -an boleh bergabung dengan kata dasar.Tidak ada huruf yang akan berubah
apabila bergabung dengan akhiran ini.
Contohnya:



 

Akhiran -kan

Akhiran -kan boleh bergabung dengan kata dasar.Biasanya gabungan akhiran ini membawa maksud perbuatan.
Contohnya:


Akhiran -i

Akhiran -i boleh bergabung dengan kata dasar.Biasanya gabungan akhiran ini membawa maksud perbuatan.
Contohnya:


Imbuhan Apitan

1. Imbuhan apitan ialah imbuhan yang hadir serentak di hadapan dan di akhir kata dasar.

2. Imbuhan apitan terdiri daripada yang berikut:


Apitan ber....-an

Apitan ber....-an bergabung dengan semua kata dasar.Sekiranya ber....-an bergabung dengan kata dasar yang bermula dengan huruf r,satu daripada huruf r tesebut akan digugurkan.
Contohnya:




Apitan ber....-kan

Apitan ber....-kan bergabung dengan semua kata dasar.Sekiranya apitan ber....-kan bergabung dengan kata dasar yang bermula dengan huruf r, satu daripada huruf r tersebut akan digugurkan.
Contohnya:




Apitan meN-....-i

Apitan meN-....-i terdiri daripada me-...-i, mem-...-i, men-...-i, meng-...-i dan menge-...-i.


Apitan meN-....-kan

Apitan meN-....-kan terdiri daripada me-...-kan, mem-...-kan, men-...-kan, meng-...-kan dan menge-...-kan.Kesemuanya membawa maksud perbuatan.


Apitan ke-....-an

Apitan ke-...-an bergabung dengan kata dasar tertentu tanpa melibatkan sebarang perubahan huruf.
    Contohnya:





Apitan peN-....-an

1. Apitan peN-...-an terdiri daripada pe-...-an,pem-...-an, pen-...-an, peng-...-an dan penge-...-an.

2. Apitan peN-...-an membawa maksud mengerjakan sesuatu.
    Contohnya:


3. Terdapat juga apitan peN-...-an membawa makna tempat.
    Contohnya:


Apitan per-....-an

Apitan per-...-an bergabung dengan semua kata dasar.Apabila apitan ini bergabung dengan kata dasar yang bermula dengan huruf r, satu daripada huruf r tersebut akan digugurkan.Biasanya, apitan ini membawa maksud mengerjakan sesuatu atau tempat.
Contohnya:


Apitan di-....-kan dan di-...-i

1. Kata yang berapitan di-...-kan dan di-...-i merupakan kata kerja transitif pasif daripada kata     yang berapitan meN-...-kan dan meN-..-i.

2. Apitan di-....-kan dan di-....-i dapat menyatakan fungsi atau maksud yang berikut:


Imbuhan Sisipan

1. Imbuhan sisipan ialah imbuhan yang disisipkan di tengah kata dasar.

2. Antara imbuhan sisipan ialah


Sisipan -el-

Sisipan -el- jarang digunakan sekarang.Namun terdapat beberapa perkataan yang menggunakan imbuhan ini.
Contohnya:


Sisipan -er-

Sisipan -er- jarang digunakan sekarang.Namun terdapat beberapa perkataan yang menggunakan imbuhan ini.
Contohnya:


Sisipan -em-

Sisipan -em- turut jarang digunakan sekarang.Namun terdapat beberapa perkataan yang menggunakan imbuhan ini.
Contohnya:


Sisipan -in-

Sisipan -in- juga jarang digunakan sekarang.Namun terdapat beberapa perkataan yang menggunakan imbuhan ini.
Contohnya:


Imbuhan Pinjaman

1. Imbuhan pinjaman ialah imbuhan asing yang diterima sebagai imbuhan baru dalam bahasa     Melayu.
2. Kebanyakan imbuhan tersebut berasal daripada bahasa Sanskrit, Arab dan Inggeris.
3. Imbuhan ini berfungsi sebagai imbuhan kata nama.
4. Imbuhan pinjaman terbahagi kepada imbuhan awalan dan imbuhan akhiran.

Imbuhan Awalan

1. Maha- bermaksud paling atau tahap besar, tertinggi dan teragung.


2. Pra-bermaksud sebelum atau syarat kepada sesuatu.


3. Tata-bermaksud peraturan atau susunan.


4. Dwi-bermaksud dua.


5. Anti-bermaksud menentang, mencegah, atau benci terhadap sesuatu.


6. Pro-bermaksud menyokong atau berpihak kepada sesuatu.


Imbuhan Akhiran

1. Imbuhan -man/-wanbermaksud pemilik atau pelaku sesuatu atau pekerjaan yang                        berhubung dengan lelaki.


2. Imbuhan -wati/-ita bermaksud sesuatu pemilik atau pelaku sesuatu atau pekerjaan yang          berhubung dengan wanita.


3. Imbuhan -wi/-i mencirikan sifat yang terkandung dalam kata dasar.


4. Imbuhan -iah bermaksud bersifat atau mempunyai sifat.


Kesalahan dan Pembetulan



Penggandaan

1.Kata ganda ialah proses mengulangi sesuatu perkataan sama ada secara seluruh atau               bahagian-bahagian tertentu dengan imbuhan atau tanpa imbuhan.

2. Kata dasar yang digandakan boleh menghasilkan pelbagai kelas kata seperti yang berikut:
    (i) Kata nama- dekak-dekak, layang-layang, kura-kura dan sebagaiya.
    (ii) Kata kerja- main-main, berlari-lari, kejar-mengejar dan sebagainya.
    (iii) Kata adjektif- kurus-kurus, kehitam-hitaman, hiruk-pikuk dan sebagainya.

3. Kata ganda juga membawa beberapa maksud.Antara aspek makna penggandaan adalah         seperti yang berikut:
        (i) Tunggal-anting-anting,bayang-bayang, jemput-jemput.
        (ii) Jamak- berbuah-buah, batu-batan, calar-balar.
        (iii) Pelbagai- sayur-mayur, rempah-ratus, warna-warni.
        (iv) Berulang-ulang- berkokok-kokok, tercungap-cungap, mundar-mandir.
        (v) Saling-tembak-menembak, ziarah-menziarahi, ejek-mengejek.
        (vi) Sangat- berpeluh-peluh,hingar-bingar, kusut-masai.
        (vii) Nama haiwan-jejentik, kunang-kunang, rama-rama.
        (viii) Kesamaan/keserupaan- sesiku, lelangit, gula-gula.
        (ix) Berpanjangan- berangan-angan, mendayu-dayu, kenang-kenangan.
        (x) Bersungguh-sungguh-cepat-cepat, elok-elok, besar-besaran.
        (xi)Tidak bersungguh-sungguh- duduk-duduk, jarang-jarang, main-main.
        (xii) Keadaan/sifat-gelap-gelita, merah-merah, segar-bugar.

4. Terdapat empat jenis kata ganda iaitu:
        (i) Kata ganda penuh/separuh
        (ii) Kata ganda separa
        (iii) Kata ganda berirama/berentak
        (iv) Kata ganda berimbuhan.

Kata Ganda Penuh

1. Penggandaan penuh bermaksud seluruh perkataan itu diulang tanpa mengalami perubahan     bunyi atau bentuk sama ada berimbuhan atau tidak.

2. Penggandaan penuh boleh wujud dalam keadaan berikut:
    (i) Seluruh kata dasar-meja-meja, anak-anak, obor-obor.
    (ii) Seluruh kata terbitan- bungkusan-bungkusan,soalan-soalan.
    (iii) Berimbuhan-biji-bijian,bayang-bayangan.
    (iv) Kata majmuk- rumah-rumah teres, guru-guru besar.

3. Berikut ialah senarai kata ganda untuk rujukan.






Kata Ganda Separa

1. Kata ganda separa bermaksud menggandakan sebahagian daripada kata dasar.

2. Kata dasar boleh terdiri daripada kata tunggal atau kata terbitan.

3. Penggandaan separa boleh berlaku di hadapan atau di belakang kata dasar

4. Kata ganda separa boleh dikategorikan mengikut maksud seperti berikut:
        (i) Kata ganda separa yang melibatkan suku kata pertama dalam kata dasar.
        Contohnya: lelangit, sesiku, kekisi-bermaksud kata nama.
        (ii) Kata ganda separa yang wujud di belakang dan hadapan kata dasar.
        Contohnya: bermain-main, membelek-belek, kejar-mengejar,                                                         bantu-membantu-bermaksud kata kerja.
        (iii) Kata ganda separa yang sebahagian daripada kata dasarnya diulang.
        Contohnya: besar-besaran,kecil-kecilan-bermaksud kata adjektif.

Kata ganda separa suku kata pertama dalam kata dasar.


Kata ganda separa di belakang dan hadapan kata dasar.


Kata ganda separa sebahagian daripada kata dasar yang diulang.



Kata Ganda Berima / Berentak

1. Kata ganda berima atau berentak bermaksud perkataan yang digandakan akan mengalami     perubahan bunyi.

2. Kata ganda berima terbahagi kepada tiga kategori, iaitu:
    (i) Vokal serupa konsonan berbeza.
    Contohnya: Sayur-mayur,kuih-muih,lauk-pauk
    (ii) Vokal berbeza konsonan berbeza.
    Contohnya: gunung-ganang, suku-sakat, kayu-kayan
    (iii) Bebas
    Contohnya: saudara-mara, ulang alik, rempah ratus

3. Berikut ialah senarai kata ganda berima


Kata Ganda Berimbuhan

1. Kata ganda berimbuhan ialah kata ganda yang diberi imbuhan.

2. Imbuhan pada kata ganda boleh terletak:
        (i) di awal
        (ii) di akhir
        (iii) di awal dan di akhir sebagai apitan
        (iv) di tengah sebagai sisipan

3. Kata ganda berimbuhan boleh terdiri daripada kata nama, kata adjektif, kata kerja dan kata     keterangan.

Awalan


Akhiran


Apitan


Sisipan



Kesalahan dan Pembetulan



Pembinaan Ayat

Ayat yang lengkap dan sempurna mestilah terdiri daripada subjek dan predikat.
Contohnya:


Ragam Ayat

1. Terdapat empat jenis ragam ayat dalam bahasa Melayu, iaitu:
    (i) ayat penyata
    (ii) ayat tanya
    (iii) ayat perintah
    (iv) ayat seruan

2. Ayat penyata ialah ayat yang menyatakan atau menerangkan sesuatu cerita, benda, kejadian     dan sebagainya.
    Contohnya:


3. Ayat tanya ialah ayat yang digunakan untuk menanyakan sesuatu perkara, tempat, benda,         manusia, binatang dan sebagainya.

Ayat tanya boleh dibahagikan kepada dua jenis, iaitu:

(i)Ayat tanya tanpa kata tanya

Contohnya:
    (a) Mereka akan ke Kota Kinabalu?
    (b) Adik kamu sakit?
    (c)Kamaruddinkah yang masih tidur?
    (d)Azmikah yang masih belum pulang?

(ii)Ayat tanya dengan kata tanya

Contohnya:
    (a) Nama kamu siapa?
    (b) Dia sampai bila?
    (c) Apakah benda itu?
    (d) Di manakah Iskandar tinggal?

4. Ayat perintah ialah ayat yang menyuruh, melarang, mempersilakan atau meminta seseorang     melakukan sesuatu.
    Contohnya:


5. Ayat seruan diucapkan untuk melahirkan perasaan seperti takut, marah, hairan dan                  sebagainya.
   Ayat seruan diakhiri dengan tanda seru (!)
    Contohnya:


Ayat Aktif dan Ayat Pasif

Ayat Aktif

Ayat aktif ialah ayat yang mengutamakan subjek dan
mempunyai kata kerja berimbuhan awalan meN- iaitu me-, mem-, men-, meng- dan menge-
Contohnya:
    (a) Puan Fateha membawa sepiring kuih.
    (b) Encik Yasin membeli sepasang kasut untuk anaknya.
    (c) Syakilah mengambil kaset di dalam bilik.
    (d) Syafril sedang memancing ikan.
    (e) Nasimah menyanyikan sebuah lagu irama asli.

Ayat Pasif

1. Ayat pasif ialah ayat yang kata kerjanya:
    (a) tidak berawalan men- didahului kata ganti diri pertama dan kata ganti diri kedua.
    (b) berawalan di- dan diikuti kata sendi oleh serta kata ganti diri ketiga.

2. Ayat pasif terdiri daripada:
    (a) ayat pasif diri pertama, iaitu ayat yang kata kerjanya tidak berawalan men- dan didahului         kata ganti diri pertama seperti aku, kami, kita, saya dan sebagainya.
    (b) ayat pasif diri kedua, iaitu ayat yang kata kerjanya tidak berawalan men- dan didahului              kata ganti diri kedua seperti awak,anda, kamu, engkau dan sebagainya.
    (c) ayat pasif diri ketiga iaitu ayat yang kata kerjanya berawalan di- diikuti
        kata sendi oleh serta kata ganti diri ketiga seperti ia, dia, beliau, baginda dan sebagainya.
Kedua-dua ayat aktif dan pasif membawa maksud yang sama walaupun bentuknya berbeza
Berikut ialah contoh ayat aktif dan ayat pasif diri pertama:


Berikut ialah contoh ayat aktif dan ayat pasif kedua:


Yang berikut ialah contoh ayat aktif dan ayat pasif diri ketiga:


Membina Soalan dan Membina Jawapan

1. Membina soalan dan membentuk jawapan memerlukan penelitian.Jika tidak                                 berhati-hati,tujuan asalnya mungkin akan terpesong.

2. Kata tanya seperti apa, siapa, bila, mana, mengapa, kenapa, bagaimana, dan berapaboleh         dijadikan panduan atau pedoman untuk menentukan dasar pernyataan itu sama ada                   berbentuk soalan atau jawapan.

3. Selain itu,murid-murid perlu faham dengan jelas setiap maksud kata tanya di atas.

4. Panduan tentang membina soalan dan jawapan adalah seperti berikut:

Mengapa/Kenapa.

Apa

Bila

Mana

Berapa

Bagaimana

Bentuk-bentuk lain


Menentukan Maksud Ayat (Cakap Ajuk dan Cakap Pindah)

1. Cakap ajuk ialah percakapan seseorang yang ditulis
    secara bulat-bulat tanpa mengubah maksudnya.Apabila menulis cakap ajuk, tanda ("....")         mesti digunakan.

2. Cakap pindah ialah percakapan seseorang yang ditulis semula tanpa mengubah maksudnya     dengan gaya bahasa sendiri.

3. Perhatikan beberapa contoh cakap ajuk dan cakap pindah di bawah.


4. Apabila menukarkan cakap ajuk kepada cakap pindah, beberapa perkara perlu diubah dan     diberikan perhatian.
    Antaranya ialah perubahan kata ganti nama dan masa.


Kesalahan dan Pembetulan



Kesalahan Umum Tatabahasa

A. Kata Ganti Diri

1. Kata ganti diri ialah kata yang digunakan untuk mengganti kata nama orang.

2. Kata ganti diri tidak boleh digunakan untuk benda atau binatang.

3. Kata beliau boleh digunakan hanya untuk orang yang dihormati seperti ibu bapa,
    guru, pegawai atau orang tua-tua dn bukan kanak-kanak.

4. Semua kata ganti tidak boleh digandakan atau diulang menjadi awak-awak,
    dia-dia, mereka-mereka
,dan sebagainya.

5. Kata ganti ia dan -nya tidak boleh digabungkan menjadi ianya.

6. Kata ganti diri seperti beta, baginda dan patik digunakan hanya dalam hubungan
    dengan kerabat diraja sahaja.
    Contoh Kesalahan dari Segi Kata Ganti Diri.



B. Kata Bilangan

1. Kata bilangan ialah kata yang pada umumnya digunakan untuk menghitung benda, misalnya     satu, dua, dan seterusnya atau berapa, semua dan sebagainya.

2. Kata bilangan tak tentu setengah-setengah, kata bilangan pisahan tiap-tiap dan
    kata bilangan himpunan kedua-dua dan sebagainya tidak boleh disingkatkan                                  sewenang-wenangnya.

3. Kata bilangan tak tentu para pula tidak boleh diulang menjadi para-para.

4. Kata bilangan tentu seperti satu, dua, tiga dan seterusnya tidak boleh didekatkan sekaligus
    dengan kata bilangan pecahan.
    Contoh Kesalahan dari Segi Kata Ganti Bilangan.


C. Penjodoh Bilangan

1. Penjodoh bilangan digunakan bersama-sama dengan kata bilangan.

2. Walau bagaimanapun, penjodoh bilangan tidak perlu digunakan bersama-sama dengan kata     bilangan seperti para, segala, sekalian, seluruh, semua, sebahagian, setengah-setengah dan     sebilangan.

Contoh Kesalahan dari Segi Kata Penjodoh Bilangan.


D. Kata Sendi 

1. Kata sendi ialah kata yang digunakan bersama-sama dengan frasa nama untuk                           menghubungkan frasa nama itu dengan kata-kata lain dalam ayat.

2. Sebagai kata yang merangkaikan frasa nama dengan kata adjektif dan kerja tak transitif,          kata sendi tidak boleh dilenyapkan.

3. Penggunaan kata sendi yang salah harus dielakkan juga.
    Contoh Kesalahan dari Segi Kata Sendi.


E. Kata Kerja Tak Transitif

1. Kata kerja tak transitif ialah kata kerja yang dapat berdiri sendiri dengan makna yang     penuh.

2. Kata kerja tak transitif yang berawalan ber- atau men- atau ter-, tidak boleh ditiadakan               awalannya.
     Contoh Kesalahan dari Segi Kata Kerja Tak Transitif.


F. Kata Kerja Transitif

1. Kata kerja transitif ialah kata kerja yang mesti disertai objek untuk menjadi frasa kerja yang     dapat bertugas sebagai predikat dalam ayat.

2. Objeknya mestilah frasa nama.

3. Kecuali kata makan dan minum serta kata-kata yang berapitan ber...kan, semua kata kerja          transitif dalam ayat aktif tidak boleh tidak berawalan men-.

4. Kata kerja transitif yang berapitan men...kan dan men...i berbagai-bagai maknanya dan mesti     digunakan dengan berhati-hati.
    Contoh Kesalahan dari Segi Kata Kerja Transitif.


G. Kata Tanya

1. Kata tanya digunakan untuk membentuk ayat-ayat tanya.

2. Kesalahan umum dalam penggunaan kata tanya sering berlaku pada kata apa dan siapa.

3. Kata tanya apa boleh digunakan hanya untuk menanyakan nama benda atau binatang
    sahaja.

4. Kata tanya siapa pula boleh digunakan hanya untuk menanyakan nama manusia.
    Contoh Kesalahan dari Segi Kata Tanya.


H. Kata Hubung

1. Kesalahan umum dalam penggunaan kata hubung biasanya berlaku sebagai akibat tidak          memahami cara menggunakan kata hubung itu dengan tepat dalam ayat.

2. Elakkan penggunaan kata hubung yang salah seperti di bawah:
    Contoh Kesalahan dari Segi Kata Hubung.



I. Penggunaan Kata Yang Tidak Tepat

1. Dalam bahasa Melayu, ada beberapa kata yang seakan-akan sama ejaannya tetapi berlainan     maknanya.

2. Oleh sebab di kalangan masyarakat ada orang yang gemar mengagak-agak ketika                    menggunakan sesuatu kata tanpa merujuk kepada kamus, maka berlakulah kesalahan ini.

3. Yang berikut adalah senarai beberapa patah kata yang sering digunakan dengan salah          faham dalam ayat.








J. Bentuk Jamak

1. Bentuk jamak dapat dinyatakan melalui:
    (a) pengulangan kata nama seperti buku-buku, gambar-gambar, kotak-kotak dan sebagainya.
    (b) penggunaan kata bilangan yang membawa maksud jamak seperti tiga biji guli, para guru,           semua rumah dan sebagainya.
    (c) pengulangan kata adjektif seperti bijak-bijak, cantik-cantik, garang-garang dan                        sebagainya.
    (d) penggunaan kata yang mendukung makna jamak seperti rakyat.

2. Kata nama yang menyertai kata bilangan tidak perlu diulang.

3. Sesuatu kata yang sudah membawa makna jamak tidak pelu diulang.

4. Oleh sebab kata adjektif yang diulang sudah membawa makna jamak, maka kata nama tidak     perlu diulang.
    Contoh Kesalahan dari Segi Bentuk Jamak.


K. Hukum DM

1. Hukum DM ialah hukum tentang penyusunan kata-kata untuk membentuk frasa nama dalam     ayat.

2. D bererti unsur yang diterangkan manakala M bererti unsur yang menerangkan.

3. Kesalahan timbul apabila Hukum DM dilanggar sewenang-wenangnya.
    Contoh Kesalahan dari Segi Hukum DM.


L. Frasa Adjektif

1. Kata adjektif dapat menjadi frasa adjektif apabila bertugas sebagai predikat dalam ayat.

2. Frasa adjektif sebagai predikat ayat boleh disertai kata penguat.

3. Kata penguat tidak boleh diletakkan di depan dan di belakang kata adjektif sekaligus.

4. Apabila kata adjektif yang berawalan ter- digunakan sebagai penerang, kata penguat tidak     diperlukan.

5. Frasa adjektif perlu diikuti oleh frasa sendi apabila diperluas.
    Contoh Kesalahan dari Segi Frasa Adjektif.


M. Frasa Kerja Tak Transitif

1. Frasa kerja tak transitif ialah kata kerja yang dapat bertugas sebagai predikat ayat tanpa         objek atau sekumpulan kata yang mempunyai kata kerja tak transitif sebagai kata kerja              utamanya.

2. Kata kerja tak transitif yang berapitan ber...kan tidak boleh disertai kata sendi kerana              akhiran -kan pada apitan ber...kan itu berasal daripada kata sendi akan yang dapat mewakili     kata sendi dengan atau pada atau tentang.

3. Frasa kerja tak transitif pelu diikuti frasa sendi apabila diperluas.
    Contoh Kesalahan dari Segi Frasa Kerja Tak Transitif.


N. Frasa Kerja Transitif

1.Frasa kerja transitif ialah frasa kerja yang terdiri daripada kata kerja transitif serta frasa        nama sebagai objek kepada kata
   kerja transitif itu.

2. Di antara kata-kata transitif dengan frasa nama sebagai objek itu, kata-kata lain tidak boleh     disisipkan.

    Contoh Kesalahan dari Segi Frasa Kerja Transitif.


O. Frasa Kerja Pasif

1. Bentuk frasa kerja pasif diri pertama dan frasa kerja pasif diri kedua disebut bentuk terikat

2. Oleh sebab itu, kata-kata lain tidak boleh disisipkan di antara kata ganti diri dengan kata         kerja pasif itu.

3. Bentuk frasa kerja pasif diri pertama dan frasa kerja pasif diri kedua tidak boleh disamakan.

4. Bentuk frasa kerja pasif diri ketiga pula tidak boleh disamakan dengan bentuk frasa kerja         pasif diri pertama dan frasa kerja pasif diri kedua.

Contoh Kesalahan dari Segi Frasa Kerja Pasif.


P. Ayat Tergantung

1. Ayat terdiri daripada subjek dan predikat

2. Dalam susunan biasa, letak subjek di depan dan letak predikat di belakang.
     Contohnya:
    (a) Pokok itu tumbang.(Pokok itu ialah
subjek dan tumbang ialah predikat)
    (b) Dia datang ke sini.(Dia ialah subjek dan datang ke sini ialah predikat)

3. Dalam susunan ayat songsang, letak subjek di belakang dan letak predikat di depan.
    Contohnya:
    (a) Tumbangkah pokok itu? (Tumbangkah ialah predikat dan pokok itu ialah subjek)
    (b) Datang ke sinikah dia? (Datang ke sinikah ialah predikat dan dia ialah subjek)

4. Bentuk ujaran yang tidak ada subjeknya dan atau tidak ada predikatnya bukan ayat.



Sinonim/Antonim

Sinonim

1. Sinonim ialah perkataan seerti iaitu maknanya sama atau hampir sama dengan
    perkataan asal dan boleh ditukar ganti dalam ayat yang sama.

2. Bagi kata sinonim yang maksudnya hampir sama, perbezaan maksudnya dapat dilihat                  berdasarkan konteks ayat yang diberi.

Aa

abai
mengabaikan = melalaikan; membiarkan; mencuaikan
adu
beradu
= berlaga; bersabung; bertanding; tidur(digunakan untuk raja-raja)
agung = besar; luhur; mulia; tertinggi
aib = malu
ajaib = aneh; ganjil; pelik
ajak
mengajak
= mempelawa; mempersilakan; menjemput; mengundang
ajal = kematian; maut
akal = fikiran; helah; ikhtiar
akrab = ikrab; karib; rapat
alam = dunia
mengalami = merasai; menempuh
alih
beralih
= berganti; berpindah; bertukar; berubah
alu = antan
aman = damai; sentosa; tenteram
amanat = perintah; pesan; wasiat
ancam
mengancam
= mengugut; membahayakan
aneh = ajaib; ganjil; pelik
anggap
menganggap
= berpendapat; memikirkan
angkara = kebengisan; kebuasan; kekejaman; kezaliman
angkuh = bongkak; congkak; sombong
aniaya
menganiaya
= menindas; menyiksa
anugerah = ganjaran; kurnia; pemberian
apit
mengapit
= menghimpit; menjepit
arah = hala; jurusan; tujuan
aral = halangan; rintangan
arif = berilmu; bijaksana; cerdik; pandai; tahu
awas = hati-hati; hemat; ingat-ingat; waspada

Bb

badai = ribut; taufan
bagus = baik; elok; indah
bahang
berbahang
= hangat; panas
bahas
berbahas
= berdebat;berhujah
bahkan = malahan
bakat = kebolehan; kecekapan
bakhil = kedekut; lokek
bakti = jasa; khidmat
berbakti = berjasa; berkhidmat
balam
berbalam
= kabur;kelam; samar
bangkang
membangkang
= membantah; menentang; menyanggah
bantut
terbantut
= terencat; terhalang
basah = berair; kuyup; lembap
basmi
membasmi
= membanteras; membinasakan; memusnahkan; menghapuskan
batal = mansuh
baya = umur; usia
sebaya = seumur
becak = berair; berlumpur; lecah; lecak
bencana = kecelakaan; malapetaka
bengkalai
terbengkalai
= gagal; terganggu; tergendala; terhenti
bentak
membentak
= menengking; mengherdik
beres = rapi; selesai; teratur
berkas
memberkas
= menahan; menangkap
berkat = rahmat
biaya = belanja; ongkos
bicara
berbicara
= berbahasa; bercakap; berkata; berunding
bimbang = cemas; khuatir; ragu-ragu; risau
bimbing
membimbing
= melatih; memandu; memimpin; mengasuhi
bocor = berlubang; tiris

Cc

cadang
mencadangkan
= mengemukakan; mengusulkan; menyarankan
cambah
bercambah
= bertunas; tumbuh
canai
mencanai
= melicinkan; mengasah; meratakan
campur
bercampur
= berbaur; bergaul
cantum
bercantum
= berhubung; bersambung; bertaut
catu
mencatu
= mengawal; menghadkan
cegah
mencegah
= melarang; menahan; menegah; menghalang; menyekat
cekal = tabah; tahan
cekap = mahir; mampu; pandai; sanggup
celana = seluar
cemburu = curiga
cepat = deras; kencang; laju; lekas; pantas; segera
cerdik = berakal; bijak; pandai; pintar
cergas = aktif; bertenaga; cepat; giat; tangkas
ceruk = penjuru; sudut
cipta
menciptakan
= membuat;mengadakan; mengubah; menghasilkan; menjadikan; mewujudkan
ciri = sifat; tanda
cocok = akur; sama; sepadan; sepakat; sesuai; setuju
conteng = calit; coreng; coret
cungkil
mencungkil
= mengeluarkan; menggali; mengorek; menyuntik

Dd

dacing = neraca; penimbang
dahulu = awal; lampau; silam
daif = hina; lemah
dakwa
mendakwa
= mengaku; menuduh; menuntut
dalih = alasan; helah
dapat = berupaya; mampu; sanggup
mendapat = memperoleh
darjat = pangkat; taraf
daya = akal;ikhtiar;jalan;kekuatan; kemampuan; muslihat
denda
mendenda
= menghukum
dendang = lagu;nyanyian
derita
penderitaan
= kesakitan;kesengsaraan; kesusahan; seksaan
desak
mendesak
= memaksa; menggesa
didik
mendidik = mengajar; mengasuh; melatih
dingin = sejuk; reda; tawar
dorong
mendorong = memberangsangkan; mempengaruhi; mendesak; menggalakkkan; menolak; menyorong
duga
menduga
= meneka; mengagak; menguji; meramalkan

Ee

edar
beredar = berkisar; berlalu; berpindah
elak
mengelak = menghindar
elok = bagus; baik; cantik
empuk = lembut; lunak
erat = karib; kuat; mesra; rapat; teguh
mengeratkan = menguatkan; merapatkan; meneguhkan

Ff

faedah = guna; laba; manfaat; untung
faham = tahu; mengerti
memahami = memaklumi; mengetahui
fasal = hal; perihal; perkara
fikir
memikirkan
= mempertimbangkan; mengenang; mengingatkan; merenungkan

Gg

gabung = ikat; berkas
bergabung = berikat; bersatu
gagah = berani; kuat; tegap
gagal = kandas; kecewa; hampa
ganding
berganding
= berdampingan;berdekatan; berhampiran
ganggu
mengganggu
= mengacau; mengusik
ganti
berganti
= bertukar; berubah
gebar = selimut
gegar
bergegar
= bergetar; bergoncang
gegas
bergegas
= terburu-buru; tergesa-gesa; terkejar-kejar
gejala = alamat; tanda
geletar
menggeletar
= gementar; menggentar; menggigil
gempar = bising; hiruk-pikuk; riuh-rendah
genap = cukup; lengkap; penuh
segenap = seluruh; setiap
gendala = aral; halangan; rintangan
gerangan = agaknya; barangkali
gerun = gamang; ngeri; takut
gesa
menggesa
= mendesak
tergesa-gesa = terburu-buru; tergegas-gegas; tergopoh-gopoh
giat = aktif; bersemangat;cergas; rajin; tangkas; tekun
gubah
menggubah
= mengarang; mengatur; menyusun

Hh

habis = berakhir; tamat; selesai
habuan = bahagian; hak; rezeki
hadam = cerna; hancur
hadap
menghadap
= mengarah; menghala
menghadapi = melawan; menentang
terhadap = akan; kepada; tentang
hadir = ada
menghadiri = mengikuti; menyertai
hairan = pelik; takjub; tercengang
hajat = kehendak; keinginan; keperluan; maksud; niat; tujuan
hakikat = kebenaran; kenyataan
hal = kejadian; peristiwa; perkara
hala = arah
halau
menghalau
= mengusir
hambat
menghambat
= memburu; menahan; mengejar; menghalang
hampa = kecewa; kosong
hangus = rentung
hantar
menghantar
= mengirim; mengutus
hapus = lenyap; hilang; musnah
harap
mengharap
= berhajat; berhasrat
harmoni = rukun; selaras; sesuai; tenteram
harum = wangi
harung
mengharung
= menempuh; menghadapi
hasrat = harapan; kehendak; keinginan
hayat = kehidupan; nyawa
hela
menghela
menarik; mengheret; menyeret
helah = akal; dalih; muslihat; tipu daya
hentak
menghentak
= memijak; menekan; menghenyak; menginjak; menikam; menusuk; mencucuk; merodok
hias
berhias
= berdandan; bersolek
hidang
hidangan
= sajian
menghidangkan = menyajikan; menyediakan
hikayat = cerita; kisah; riwayat
hinggap = bertenggek; bertengger
hirup
menghirup
= meneguk; menghisap; menyedut
hitung
menghitung
= membilang; mengira
humban
menghumbankan
= melemparkan; melontarkan
hurai
menghuraikan
= memaparkan; menerangkan; menjelaskan
hutan = rimba

Ii

ibarat = cerita; kiasan; pengajaran; perbandingan; sebagai; seumpama; teladan
ikal = berkelok-kelok; berombak-ombak; keriting
iklhlas = jujur; tulus
ikhtiar = daya upaya; usaha
ikrar = janji; pengakuan; sumpah
ikut = turut; bersama-sama
mengikut = mematuhi; menganut; mengiring; meniru; menurut
ilmu = kepandaian; pengetahuan
imbas = kilas; lintas
seimbas = sebentar; sekejap; sekelip; seketika; sekilas; selintas
indah = cantik; molek; permai
induk = ibu; pusat
ingkar = mungkir
mengingkari = memungkiri; menafikan; menyangkal
intip
mengintip
= memata- matai; mengamat-amati; mengintai; menyuluh
irama = rentak; tempo
berirama = berentak; bertempo
isi = intisari; kandungan; muatan; pati
istiadat = adat; resam; upacara
izin = kebenaran
mengizinkan = membenarkan; memperkenankan

Jj

jaga = bangun
berjaga = berkawal
berjaga-jaga = berhati-hati; berwaspada
menjaga = memelihara; mengawal;mengasuh; mengawasi
menjagakan = mengejutkan; menggerakkan
jajah
menjajah = menaklukkan; menguasai
jajar = banjar; baris; deret
jalin
berjalin = beranyam; berkaitan
menjalin = menganyam; mengarang; mengatur; mengeratkan;menyusun
jangkit
berjangkit = menular; merebak
kejangkitan = ketularan
menjangkiti = menulari
menjangkitkan = menularkan; merebakkan;
jarang = bersela; renggang
jati
sejati = asli; sebenarnya; tulen
jawab = sahut
berjawab = berbalas
menjawab = membalas; menyahut
jawat
jawatan = pengkat; pekerjaan
menjawat = memegang; menjabat
jaya = kemenangan
berjaya = berhasil; menang
kejayaan = kemajuan; kemenangan
jejak = bekas; kesan
jejas
menjejaskan = melukakan; merosakkan
jelak = bosan; jemu; muak
jelita = cantik; lawa; manis; molek
jemput
jemputan = ajakan; undangan
menjemput
= mencekut; mengajak;mengundang; menyambut
jenazah = mayat
jerat = jebak; perangkap
jerumus
menjerumuskan = mencelakakan; menjatuhkan; menyesatkan
judul = tajuk
julang
menjulang = membumbung; mengangkat; menghormati; meninggi; menyanjung
jumpa
berjumpa = bersua; bertemu
menjumpai = mendapati; menemui; mengalami
perjumpaan = pertemuan
jurang = lembah; lurah

Kk

kabul = diluluskan; diperkenankan; disetuju; tercapai
kabur = kelam; pudar; samar
kadar = keupayaan; kudrat; kuasa; nisbah
kaedah = cara; hukum; prinsip; peraturan
kagum = hairan; takjub; tercengang
kala = masa; ketika; waktu
berkala-kala = sekali-sekala;terkadang-kadang
kampung = desa
berkampung = berhimpun; berkumpul
kandar
mengandar = memikul; menggalas
karut = bohong; dusta
kawan = kelompok; kumpulan; rakan; sahabat; teman
kecai
berkecai = hancur; remuk
kecam
mengecam = membidas; mencela; mengkritik
kecamuk
berkecamuk = kelam-kabut; kucar-kacir
kecewa=gagal; hampa
kecoh = bising; heboh; riuh-rendah
kecundang = kalah; tewas
kekal = abadi
kelahi
berkelahi = berbalah; bergaduh; bertengkar
kelas = darjah; pangkat; tingkatan; jenis
keliru = khilaf; salah; sesat; silap
mengelirukan = membingungkan; menyesatkan
kembali = balik; lagi; pulang; semula
mengembalikan = memulangkan; memulihkan
kena = berpadanan; berpatutan; cocok; sepadan; sesuai
kenan
berkenan = gemar; sudi; suka
memperkenankan = membenarkan; mengizinkan; menyetujui
kendali
mengendalikan = memimpin; mengekang; mengurus; mentadbirkan
kental = pekat
kerenah = kemahuan; ragam
kesan = akibat; jejak; tanda
ketara = kelihatan; tampak
khazanah = perbendaharaan
kikis
mengikis = menghapuskan; menghilangkan; meluputkan
kongkong = belenggu; pasung
mengongkong = memasung; membelenggu
kotor = cemar; keji
kuno = lama; tua
kurnia = anugerah
kusut = bersimpul-simpul;kacau; rumit

Ll

laba = faedah; guna; keuntungan
lancar = cepat; fasih
landa
melanda = melanggar; merempuh
landas = alas; lapik
langsai = lunas; selesai; terbayar
lanjut = lama; panjang
lantang = jelas; terang; kuat
lapor
melaporkan = memberitahukan; mengadukan
lapuk = reput; usang
lawat
melawat = berkunjung; berziarah
lazat = enak; sedap
lazim = biasa; selalu
ledak
meledak = meletup; meletus
lelah = asam; letih; penat
lempar
melempar = melontar; membaling
lengang = sepi; sunyi
lengkap = cukup
lengkok = belok; kelok; keluk; lengkung
lerai = gugur; luruh
letih = lenguh; lesu; litak; penat
likat = pekat
liku = kelok; selekoh
lincah = cergas; pantas; tangkas
lipur = hapus; lenyap
terlipur = terhibur
loghat = dialek
lompat = loncat; lonjak
longgok = timbun; tompok
luak = kurang; susut
luang= kelapangan
meluangkan = melapangkan; mengosongkan
lucut = lepas; tanggal
lut= mempan; telap

Mm

mahu = hendak; rela; sanggup
kemahuan = kehendak;keinginan
makam = kubur
makbul = kabul; terkabul; diperkenankan
maklumat = keterangan; pengetahuan
malap = muram; kusam; lesam; redup; suram
mangkat= meninggal dunia
marah = berang; gusar; meradang
maruah = kehormatan
maut = kematian
medan = gelanggang; padang
melarat = miskin; sengsara
meleset = jatuh; merosot; mundur; tergelincir
mempelai = pengantin
mendap = mendak
mendung = muram; redup; suram
mercu = menara; puncak
mewah = makmur
misal = contoh; ibarat; umpama
mogok = berhenti; rosak
muafakat= sepakat; setuju
muak = bosan; jemu; loya; mual
muktamad = pasti; tetap
munasabah = berpatutan; cocok; sesuai
mundur = surut; terbelakang; undur
murka = berang; gusar; marah; meradang
musafir = pelancong; pengembara
muslihat = helah; siasat; takti; tipu daya
musnah = binasa; rosak
mustahak = penting; perlu
musykil = kecewa; sukar; sulit

Nn

nafi
menafikan = mengingkari; menidakkan
nahas = kecelakaan; kemalangan; kesialan; malang
naib = timbalan
nasib = takdir; untung
nasihat = ajaran; pelajaran; peringatan; petunjuk; teguran
ngeri = seram; takut
niat = hajat; kehendak; maksud; nazar
nilai = mutu; taraf

Oo

obor = andang; suluh
oleh
beroleh = mendapat; menerima
memperoleh = mencapai; mendapat
oleh-oleh = buah tangan
perolehan = hasil; pendapatan
olok
berolok-olok = bermain-main; bergurau; bersenda
onak = duri

Pp

padan = bading; cocok; imbangan; sesuai; tara
padat = bernas; ,mampat; pejal; penuh; sesak; tumpat
padu = kuat; kukuh; padat; pejal; teguh
palu
memalu = memukul; menghentam
pamah = lembah
pamer
mempamerkan = memperagakan; memperlihatkan; mempertunjukkan; menggayakan
pandir = bebal; bodoh; tolol
pangkat = kedudukan; taraf; tingkat
panjang = lanjut
berpanjangan = berterusan; berlanjutan
sepanjang = sejauh
pantas = cekatan; cepat; laju; layak; lekas; patut; sesuai; tampan; kacak; segak
papar
memaparkan = memampangkan; membentangkan; mendedahkan
pati = inti; sari
patuh = menurut; taat
pawang = bomoh; dukun
pedoman = panduan
pegun
terpegun = tercegat; tercengang
pelopor = pengasas; perintis
pencak
berpencak = bersilat
pencil
memencil = menyendiri
memencilkan = mengasingkan; menjauhkan
terpencil = terasing; tersendiri
penggal = kerat; potong
penuh = lengkap; padat; tumpat
perah

memerah = memeras; meramas
perenggan = batas; penggal; sempadan
perihal = keadaan; kejadian; laku; peristiwa
periksa
memeriksa = meneliti; mengkaji; menyelidik
peringkat = had; tahap; tingkat
permai = cantik; elok; indah
permit = keizinan
peroi = gembur
perwira = berani; gagah; pahlawan
pesat = cepat; laju
pesong = herot; mencong; serong
memesong = menyeleweng; menyimpang
pincang = tempang
pinda
meminda = membaiki; membetulkan; mengubah
prinsip = asas; dasar; pegangan
projek = rancangan
pujangga = pengarang; sasterawan
pusar
berpusar = berkisar; berputar
pusara = kubur; makam

Rr

radas = perkakas
ragu-ragu = bimbang; sangsi; syak; was-was
raksasa = bota; gergasi
ramai = bising; giat; riuh-rendah; sibuk
rapi = beres; bersih; elok; kemas; teratur; tersusun; tertib
rasmi = sah
merasmikan = melantik; menetapkan; mengesahkan; mengumumkan
rata = datar
meratakan = mendatarkan
serata = seantero; segenap; seluruh
rayu
merayu = memujuk
rayuan = permohonan; pujukan. 
regu = kumpulan; kelompok; pasangan; pasukan
beregu = berpasangan
rendang = lebat; rimbun
renggang
berenggang = berantara; berjauhan; berpisah
resam = kebiasaan; tabiat
rezeki = nafkah; pendapatan; penghidupan
rintih
merintih = mengeluh; mengerang
risiko = bahaya; kerugian
rungut
merungut = berleter; bersungut

Ss

sabung
bersabung = beradu; berlaga; berlawan; bertempur; bertarung
sah = benar; nyata
sambut
menyambut = membalas; menerima; menjawab; menyongsong
sampai= tiba
sanggup = mampu; rela; sedia; sudi
sangkal
menyangkal = melawan; membantah; menentang
sayu = dukacita; hiba; pilu; rawan; sedih
sangsi = bimbang; khuatir; ragu-ragu; syak
sebat
menyebat = memukul; merotan
segar = sihat; nyaman
sejahtera = aman; sentosa; selamat
selenggara
menyelenggarakan = memelihara; mengerjakan; mengurus; merawat
seleweng
menyeleweng = menyimpang
selisih = beza; kelainan
berselisih = berbeza; berlainan; bertikai
semerbak = harum; wangi
senget = condong; miring
sengketa = perbalahan; perbantahan; pertengkaran; perselisihan; pertikaian
sengsara = menderita; susah
seni = elok; halus; kecil; molek
sentosa = aman; selamat; tenteram
sepatu = kasut
serbu
menyerbu = melanggar; menyerang
serentak = bersama-sama; serempak
sesak = penuh; sempit; tersekat; tersumbat
silam = lampau
silap = keliru; salah
singkir
menyingkir = menepi; mengelak; menghindar
sisa = baki; lebihnya
sua
bersua = berjumpa; bertemu
sudi = rela
sulit = rahsia; sukar; susah
sumber = asal; punca
susut = berkurang; mengerut; surut; turun

Tt

taat = patuh; setia
tadbir
mentadbirkan = memerintah; mengatur; mengelolakan; mengurus
taja
menaja = mempelopori; memulakan
takat = had; hingga; sampai
takjub = hairan; kagum
tamadun = kebudayaan; kemajuan; peradaban
tangguh
bertangguh-tangguh = berlama-lama; berlambat-lambat;berlengah-lengah
menangguhkan = menunda
tangkup
menangkup = menelungkup; meniarap; mengatup
taraf = darjat; kedudukan; martabat; mutu
setaraf = sedarjat; setara
tatap
menatap = melihat; memandang; mengamat-amati; merenung
tatatertib = disiplin; peraturan
tebal = lebat; padat; tumpat
tegas = jelas; nyata; tentu; tepat; terang
menegaskan = menerangkan; menjelaskan
tegur
menegur = menasihati; mencela; mengkritik; menyapa
tekad = azam; kehendak; kemahuan
bertekad = berazam; bermaksud; berniat
telatah = gerak-geri; kelakuan; perangai; tingkah laku
tembung
bertembung = berlanggar; bertemu; terserempak
tempang = capik; pincang
tempur
bertempur = berjuang; berkelahi; berlaga; berlanggar; berperang
tenaga = daya; kekuatan
bertenaga = berdaya; giat; kuat
tenggala = bajak; luku
tepis
menepis = menangkis; menolak
terbit
menerbitkan = membangkitkan; mengeluarkan; menghasilkan; menyiarkan
terkam
menerkam = menerpa
tetangga = jiran
timpal
setimpal = sebanding; seimbang; setimbal
tumpas = binasa; musnah; punah

Uu

ucap
berucap
= bercakap; bersyarah
mengucapkan = melafazkan; menyebut
ucapan = pidato; sebutan
ugut
mengugut
= mengancam
ulas
mengulas
= mengupas; mentafsirkan
umpama = ibarat
unit = istimewa; satu-satunya; tersendiri
urus
mengurus
= membereskan; memelihara; mengatur; mengusahakan; menyelenggarakan; menyelesaikan
usang = kersang; kuno; lama
usap
mengusap
= membelai; mengesat; mengurut
usir
mengusir
= memburu; mengejar; menghalau
utus
mengutus
= mengirim
utusan = wakil
usul = anjuran; asal; cadangan; mula
mengusulkan = mencadangkan; menganjurkan

Ww

wajar = patut; sesuai
wajib = mesti; perlu
waktu = kesempatan; ketika; masa; peluang; tempoh
warkah = surat
warta = amanat; berita; pesanan
watak = sifat
watan = tanah air
wau = layang-layang

Yy

yakin = pasti; percaya

Zz

zalim = bengis; kejam
zaman = masa; tempoh
zat = unsur

Antonim

1. Antonim ialah perkataan berlawan, iaitu maknanya berlawanan dengan perkataan asal.

Aa

abadi = sementara
abai = acuh; peduli
abdi = tuan
adab
beradab
= biadab
aib = mulia
ajaib = biasa
ajak
mengajak
= menghalau; mengusir
akar = pucuk
aktif = pasif
alah = menang
alir
mengalir
= bertakung
alun
beralun
= rata
am = khas; khusus
aman = huru-hara; kacau-bilau
amanah = curang
ampun
mengampuni
= menghukum
angguk = geleng
mengangguk = menggeleng
asli = palsu; tiruan
arif = bodoh; jahil; tolol
atur
teratur
= bersepah; berselerak
awas = cuai; lalai
ayu = buruk; hodoh; jelek
azab = nikmat

Bb

bahagia = sengsara
kebahagian = penderitaan; kesengsaraan
bahaya
berbahaya
= selamat
bakal = bekas
bakhil = pemurah
bakti = khianat
bangga = malu
membanggakan = memalukan
bangkang
membangkang
= menyokong; mencadangkan
bantu
membantu
= membiarkan
bantut
terbantut
= membesar
baring
berbaring
= bangkit; bangun
baru = lama; usang
basi = baru; segar
basmi
membasmi
= memelihara; mempertahankan
batal = sah
membatalkan = mengesahkan
bawa
membawa
= meninggalkan
bazir
membazir
= berhemat; berjimat
membazirkan = menghematkan; menjimatkan
bebas = terbelenggu; terikat; terkawal; terkongkong
membebaskan = membelenggu; mengawal; mengongkong; mengikat
beku = cair
membekukan = mencairkan
belah
berbelah
= bercantum
membelah = mencantumkan
belot = setia
bengkalai
terbengkalai
= selesai; siap
berani = gentar; takut
beri
memberi
= menerima
berkas
memberkas
= melepaskan
beza
berbeza
= sama; serupa
biadab = beradab; sopan
bina
membina
= membinasakan; merobohkan; meruntuhkan
bisik
berbisik
= melaung; menjerit
bising = senyap; sunyi; sepi
bongkak = peramah; santun
boros = cermat; hemat; jimat
bubar = berhimpun
membubarkan = menghimpunkan
bujur
membujur
= melintang
buka
membuka
= menutup
buncit = kempis

Cc

cabut
mencabut
= menanam; mencacakkan
cacat = sempurna
caci
mencaci
= memuji
campak
mencampakkan
= memungut; mengutip
campur
mencampurkan
= mengasingkan
cantum
bercantum
= berasing; berpisah
cedera = pulih; sembuh
cegah
mencegah
= menggalakkan
cemar = bersih
cembung = cekung
cerah = gelap; kabur
cerai
bercerai
= berkahwin; bersatu
cerdik = bodoh; tolol; dungu
cermat = boros; cuai
cerun = landai
cetek = dalam
cicir
tercicir
= terjumpa
cipta
menciptakan
= memusnahkan
comot = bersih
condong = tegak

Dd

daging = tulang
daif = mulia
daki
mendaki
= menuruni
damai = huru-hara; kacau
berdamai = berperang; bersengketa
damping = jauh
berdampingan = berjauhan
dapat
mendapat
= kehilangan
dara = teruna
darab
mendarab
= membahagi
darurat = aman
dasar = puncak
datar = curam
dedah
terdedah
= terlindung; tertutup
degil
berdegil
= menurut; patuh
dendam
berdendam
= berbaik; berdamai
dengar
mendengar
= pekak; tuli
deras = lambat; perlahan
derhaka = setia; taat
derita = kebahagiaan
dingin = hangat; panas
diri
berdiri
= duduk
dongak
mendongak
= menunduk
dongeng = kenyataan
dosa = pahala

Ee

ekor = kepala
eksport = import
elok = buruk; hodoh
empuk = keras; liat
enggan = mahu; rela; sanggup; setuju
entah = tahu
erat = longgar

Ff

faedah
berfaedah
= merugikan; sia-sia
fajar = senja
fakir = kaya
fasih = gagap
fitnah = puji
memfitnah = memuji
fikir
berfikir
= berkhayal

Gg

gabung
bergabung
= bercerai; berpisah
gadai
menggadai
= menebus
gadis = teruna
gaduh = aman; tenteram; damai
bergaduh = berdamai
galak
menggalakkan
= mencegah; menghalang
gali
menggali
= menimbus
gamat = sepi; sunyi
gambut = keras
ganas = jinak
ganjil = biasa; genap
garang = jinak; lembut
garau = halus
garing = lemau
gaul
bergaul
= menyendiri
gaung = bukit
gelak = tangis
gelisah = tenang
gelora
bergelora
= tenang
gemalai = kasar
gemar = benci
gembur = keras
gementar = berani
gemilang = pudar
gempar = tenang
gemuruh = tenang
gerak
bergerak
= diam; kaku
gerimis = lebat
gering = sihat
ghaib = kelihatan
gila = siuman
girang
bergirang
= berduka; bermuram; bersedih
gopoh
tergopoh-gopoh
= perlahan-lahan
goyang
bergoyang
= kukuh; mantap; tetap
gugup = tenang
gulung
tergulung
= terbentang; terhampar
gunung = lembah

Hh

habis = ada
halang
menghalang
= mendorong; menggalakkan
halau
menghalau
= mempelawa; mempersilakan; mengajak
halus = kasar
hampa = berisi
hancur
menghancurkan
= membina
handal = lemah
hangat = dingin; sejuk
harum = busuk
hati
berhati-hati
= cuai; lalai
hela
menghela
= menolak
hembus
menhembuskan
= menarik; menghisap
hening = keruh
henti
berhenti
= bergerak; berjalan
hiba = gembira; suka
hijrah
berhijrah
= menetap
himpun
berhimpun
= bersurai; bubar
hina = mulia
hinggap = terbang
hirau
menghiraukan
= membiarkan
hukum
menghukum
= mengampuni
hulu = hilir; muara

Ii

ikal = lurus
ikat
mengikat
= membuka; menghuraikan
ikhlas = curang; pura-pura
imaginasi = kenyataan
induk = bahagian; cawangan
ingkar
mengingkari
= mematuhi; mentaati; menurut
isi = kulit
istirehat
beristirehat
= bekerja; bertugas
izin
mengizinkan
= melarang; menegah

Jj

jaga = tidur
jahil = alim; arif
jajah
menjajah
= memerdekakan
terjajah = merdeka
jalan
berjalan
= berhenti
janda = duda
jarang = kerap; rapat; selalu; sering
jasmani = rohani
jaya
berjaya
= gagal; kandas
jelma
menjelma
= menghilang
jernih = keruh
jimat = boros
jutawan = fakir

Kk

kabul
terkabul
= tertolak
kabur = jelas; terang
kacuk
kacukan
= sejati; tulen
kahwin
berkahwin
= bercerai
kalah = menang
karam = terapung; timbul
kawan = lawan; musuh
kebal = lut
kedut
berkedut
= licin; rata
kejam = adil; berperikemanusiaan
kelam = cerah; terang
kelu = lancar
kemarau = hujan; tengkujuh
kembali = pergi
kembang = kuncup
kembung = kempis
kencang = perlahan
keras = lembik; lembut
kerat
mengerat
= menyambung
keruh = jernih
kesat = licin
ketara = kabur; samar-samar
ketat = longgar
ketua = pengikut
kilau
berkilau
= malap; suram
kota = desa; kampung
kuala = hulu
kukuh = lemah
kusut = kemas; rapi
kutuk
mengutuk
= memuji; menyanjung

Ll

laba = kerugian
berlaba = berugi
lalai = awas; waspada
langsung = berantara
berlangsung = bertangguh; tertunda
lanjut = singkat
lapang = sempit
laung
melaung
= berbisik
lawan = kawan; sahabat
layar
berlayar
= berlabuh
layu = segar
lebar = sempit
lekas = lambat
lekat
melekat
= lekang; tanggal
lena = sedar
terlena = terjaga
lengang = sibuk
lenyap = muncul
lintang
melintang
= memanjang; membujur
lokek = pemurah
luah
meluahkan
= menelan
luas = sempit
lulus = gagal
lumpuh = bertenaga; kuat
lunak = keras
lurus = bengkok

Mm

mahal =murah
majikan = pekerja
maju = mundur
makmur = melarat; meleset
malang = bertuah
malapetaka = tuah
manusia = binatang
marak = padam
matang = mentah
megah = aib; malu
menantu = mentua
merdu = garau; parau; sumbang
merdeka = terbelenggu; terjajah
mesra = renggang; sombong
mewah = melarat; menderita; miskin
mirip = berbeza; berlainan
moden = kolot; kuno
muncul = hilang; lenyap; lesap
mungkir
memungkiri
= menepati; menunaikan
mustahak = remeh

Nn

nafi
menafikan
= mengakui; mengiakan
nganga
ternganga
= tertutup
nipis = tebal
nyaring = lemah; perlahan
nyata = kabur

Oo

olok
olok-olok
= sungguh-sungguh

Pp

padam = bernyala
pahit = manis
pakai
memakai
= menanggalkan
paksa
memaksa
= memujuk
palsu = asli; tulen; benar
panas = dingin; sejuk
pangkal = hujung
papa = kaya
pasang = surut
patuh = ingkar
payah = mudah; senang
pejam = celik
pelik = biasa
pendam
terpendam
= terbongkar
penuh = kosong
perang
berperang
= berdamai
perlahan = cepat
pilu = gembira;riang
pipih = bulat
pisah
berpisah
= bertemu
pucat = berseri; garang
pulih = sakit; tenat
puncak = dasar
pupus = utuh
purba = moden
pusat = cawangan
putus
terputus
= bercantum; bersambung

Rr

rabun = terang
racun = madu; penawar
rampas
merampas
= membagi; memberi; menyerahkan
rapat = jarang; renggang
rapi = berselerak; bersepah
reda = kencang; lebat
regu
beregu
= berseorangan
rela = enggan
rendam
merendam
= menjemur
rindu = benci

Ss

sah = batal
sakit = sembuh
saksama = zalim
sama = berbeza; berlainan
sambung
bersambung
= putus
sangkal
menyangkal
= mengakui; mengiakan; mengikut; menurut
sangsi = yakin
sayang = benci
sayup = lantang; nyaring; terang
sedar = lalai; pengsan
sedih = gembira
sedut
menyedut
= menghembus
segar = layu
selesai = terbengkalai; terhenti
senyap = bising; riuh
setia = derhaka
simpan
menyimpan
= membuang
singgah = terus
sokong
menyokong
= membangkang; membantah
sombong = ramah
sopan = biadab
sukacita = dukacita
surai
bersurai
= berhimpun
surut = pasang
susun
bersusun
= berselerak; bersepah
syak = percaya; yakin
syurga = neraka

Tt

taat = derhaka
mentaati = menderhaka
tajam = tumpul
takut = berani
tampan = hodoh
tangkap
menangkap
= melepaskan
tanya
bertanya
= menjawab
tarik
menarik
= menyorong
tawan
menawan
= membebaskan
tegak = condong
tegang = kendur
tegah
menegah
= membenarkan; menyuruh
tekun = malas; sambilewa
telan
menelan
= meluahkan
teliti = lalai; leka; sambilewa
tenggelam = timbul
tenteram = bimbang; kacau; risau
tepat = sipi
tewas = menang
timbus
menimbus
= menggali; mengorek
tulen = palsu; tiruan
tunggal = banyak; jamak
tutup
menutup
= membuka

Uu

ubah
berubah
= tetap
undur = mara
umum = khusus
untung = rugi
usang = baru

Ww

wajib =sunat
wangi = busuk
waras = gila; sakit
waspada = cuai; lalai

Yy

ya =tidak
yakin = ragu-ragu; sangsi; syak; was-was

Zz

zahir = batin
zalim =adil

Kesalahan dan Pembetulan



Perbendaharaan Kata

Kata Banyak Makna

1. Kata banyak makna ialah kata yang mempunyai lebih daripada satu makna

2. Makna perkataan yang berbagai-bagai ini dapat dibezakan berdasarkan konteks ayat yang     berlainan.

3. Biasanya, soalan-soalan tentang kata banyak makna ini dikemukakan dalam bentuk memilih     ayat-ayat yang menggunakan perkataan yang betul.
















Kata Hampir Sama Makna

1. Kata hampir sama makna merupakan himpunan beberapa perkataan yang mempunyai             maksud yang hampir sama.
2. Walaupun perkataan-perkataan tersebut mempunyai maksud yang hampir sama, namun         setiap perkataan hendaklah digunakan dengan tepat mengikut situasi sesuatu ayat.
3. Kesilapan dalam memilih perkataan akan membawa maksud yang berbeza daripada situasi        sebenar.









Kesalahan dan Pembetulan



Penjodoh Bilangan

1. Penjodoh bilangan digunakan di depan kata atau nama bagi menguatkan aspek bilangan.
2. Terdapat juga penjodoh bilangan yang disertai dengan kata bilangan.
3. Penjodoh bilangan berfungsi untuk menerangkan aspek bilangan sesuatu benda, tempat,     hal, perkara dan manusia.










Kesalahan dan Pembetulan



Peribahasa

1.Peribahasa ialah kumpulan kata atau ayat yang tetap susunannya dan mempunyai maksud         yang tertentu.
2. Pada umumnya, peribahasa digunakan untuk memberikan pengajaran atau teguran dengan     cara yang sopan dan halus.
3. Peribahasa dalam bahasa Melayu terdiri daripada :
        (a)Simpulan bahasa
        (b) Perumpamaan
        (c) Bidalan
        (c) Pepatah
        (e) Kata-kata hikmat
        (f) Bandingan semacam

A. Simpulan Bahasa

1. Simpulan bahasa adalah bentuk peribahasa yang paling mudah.
2. Biasanya, simpulan bahasa terdiri daripada dua patah kata yang membawa maksud yang            tepat dan padat.
3. Contoh simpulan bahasa berserta dengan maksudnya dan ayat cotohnya adalah seperti         berikut:







f



B. Perumpamaan

1. Perumpamaan ialah susunan kata-kata yang indah, ringkas dan kemas serta mempunyai          maksud yang tersirat.
2. Biasanya, perumpamaan dimulai dengan kata bagai, ibarat, laksana, seperti dan umpama.
3. Contoh perumpamaan, maksudnya dan ayat contohnya adalah seperti berikut:





C. Bidalan

1. Bidalan ialah peribahasa yang maksudnya tersirat di sebalik susunan kata-kata yang                    membentuknya.

2. Bidalan tidak mengandungi sesuatu kata yang tertentu seperti perumpamaan.

3. Contoh bidalan adalah seperti berikut:



D. Pepatah

1. Pepatah ialah peribahasa yang berangkap dan terdapat pengulangan kata di dalamnya.

2. Pepatah digunakan untuk menyatakan penegasan, falsafah atau pengajaran yang hendak          disampaikan.

3. Contoh pepatah adalah seperti berikut:




E. Bandingan/ Kiasan

1. Bandingan atau kiasan ialah bentuk ungkapan yang menggambarkan sifat seseorang atau     benda secara bandingan. Bandingan yang digambarkan itu adalah jelas.

2. Perhatikan contoh bandingan atau kiasan yang berikut:






F. Kata-kata Hikmat

Kata-kata hikmat ialah ungkapan yang mempunyai makna yang dapat memberikan pengajaran, teladan, kesedaran dan peringatan.


Kesalahan dan Pembetulan